15 June 2012

30 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu!

Haaa.. Korang nak tahu tak bnde ni? Oke. Sebelum nak start, ni credit to 
Kak Lyssa Faizureen.. Hehe.. Yang ni, Aiman copypaste drpd Kak Lyssa, 
30 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu. 
So, start reading silently while listening a song from my blog. Huuuu~ 

1. Bila sorang perempuan mengatakan dia sedang bersedih, tapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya 

2. Kalau dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menengangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf 

3. Perempuan sukar nak cari benda yang dia benci tentang org yg paling dia syg (sbb tu lah ramai perempuan yang patah hati bila hubungan diorang putus tgh jalan) 

4. Sekiranya seorang perempuan jatuh cinta dgn seorang lelaki, lelaki itu sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dgn lelaki lain

5. Bila lelaki yg dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat! Haha. 

6. Perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau mcm mana nak menerima pujian 

7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dgn lembut, jgn berkasar sbb ada satu semangat dalam diri mereka yg kamu tak akan tahu bila dia dh buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri drpd kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sbg kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan

9. Wanita suka meluahkan apa yg mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka

10. Jgn sesekali beritahu perempuan yg mereka ni langsung tak berguna

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan. =P 

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi mereka. Jadi, jgn lah senyum sebarangan

13. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dlm diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan sikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai lima minit, semua rakan-rakannya akan mengetahui perkara tersebut 

14. Jika kamu menyukai seorang gadis, cubalah mulakan dgn persahabatan. Kemudian, biarkan dia mengenalimu dgn lebih mendalam 

15. Jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak dia keluar, tinggalkan dia sbb dia tidak sukakan kamu 

16. Tetapi jika dlm masa yg sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan drpd kamu, truskan usaha kamu untuk memikatnya 

17. Jgn sesekali mengagak apa yg dirasakannya. Tanya dia sendiri! =3 

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya "..kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lbih awal.." 

19. Satu ucapan "Hi" shja sudah cukup utk menceriakan hatinya 

20. Teman baiknya saja yg tahu apa yg sdg dia rasa dan lalui 

21. Cinta bagi perempuan bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tnpa sbrg kompromi

22. Senjata perempuan adalah air mata!! ='( 

23. Semua perempuan mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati 

24. Bekas teman lelakinya akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yg dicintainya skrg akan ada di tempat teristimewa iaitu di hatinya 

25. Si gadis mudah jatuh hati pada lelaki yg ambil berat tntg mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat diorang, pandai-pandailah... =D 

26. Bila setiap kali gmbar kelas keluar, bnda pertama yg dicari oleh gadis ialah siapa yg berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri

27. Si gadis suka jika sesekali org yg disyginya mengadakan suprise buatnya(hadiah, coklat, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bhwa dirinya dicintai dgn setulus hati. Dgn ini dia takkan meragu-ragu terhadapmu! =) 

28. Kalau kamu masih tercari-cari cara yg pling romantik utk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tngn menyelak buku-buku cinta 

29. Perempuan PALING BENCI lelaki yg berbaik-baik dgn mereka semata-mata nak TACKLE KWN MEREKA  yg paling CANTIK 

30. Sbnrnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yg dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

p/s: kalau lelaki tu still buat derk jugak, aku tak tau nak ckp ape lagi ye. HAHAHA. lantak korang lah! :) HAHA. Ape-ape jelah.. Kalau Si Gadis pulak, korang boleh tekan kat 90 Fakta Tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu!.. Bye Fellas. Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

Komen yg baik2 je tau.. NO HARSH WORDS.. Trima kasih daun keladi, kalau boleh, komen bnyk bnyk lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...