10 June 2012

♥ Cara Rasulullah S.A.W Mengelak Dan Menyembuhkan

Ini Hanyalah Sekadar Panduan Untuk Anda Semua... 

~>PENYEBAB ROSAKNYA BADAN  
Perkara yang menyebabkan rosaknya penglihatan iaitu perasaan runsing,
 gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail) 

~> MENERANGKAN PENGLIHATAN 
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati 
iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang
 yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun ) 

~> MENGGELAPKAN PANDANGAN 
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpaalas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil

~> PENYEBAB WAJAH BERSINAR 
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, membaca qur'an, sentiasa dalam wudhuk dan taqwa. PERASAAN BENCI perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba

~> PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilangcahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa 

~> PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu Subuh),! membaca surah Al-Waaqi'ah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang

~> LUPA DAN LEMBAB
Perkara yang menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing

~> PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas Subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat

~> KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal. =)



No comments:

Post a Comment

Komen yg baik2 je tau.. NO HARSH WORDS.. Trima kasih daun keladi, kalau boleh, komen bnyk bnyk lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...